Senarai Pusat Pungutan Zakat Online

zakat

 

Tahukah anda, di zaman yang serba canggih ini, zakat boleh ditaksir dan dibayar secara online?

Jika sahabat sudah tahu, Alhamdulillah dan tahniah. Untuk yang baru tahu, sahabat semua boleh rujuk pada artikel saya sebelum ini, Cara Paling Senang Bayar Zakat Tanpa Perlu Ke Pejabat Zakat.

Bayaran zakat boleh dibuat di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) negeri tempat saudara bekerja. Membayar zakat di negeri tempat mencari nafkah adalah lebih afdhal (sila rujuk pada pegawai di PPZ kawasan saudara untuk kepastian).

Berikut adalah senarai PPZ Online bagi setiap negeri di Malaysia:

  1. Wilayah Persekutuan KL/Labuan - http://www.zakat.com.my/
  2. Selangor - http://www.zakatselangor.com.my/
  3. Negeri Sembilan - http://www.zakatns.com.my/
  4. Melaka - http://www.izakat.com/
  5. Johor - http://www.maij.gov.my/
  6. Perak - http://www.maiamp.gov.my/maiamp2/index.php
  7. Pulau Pinang - http://www.zakatpenang.com/
  8. Kedah - https://www.zakatkedah.com.my/
  9. Perlis - http://www.maips.gov.my/
  10. Pahang - http://www.zakatpahang.my/
  11. Terengganu - http://www.maidam.gov.my/
  12. Kelantan - http://www.e-maik.my/
  13. Sarawak - tbs.org.my/
  14. Sabah - zakat.sabah.gov.my/

 

7 Sebab Kenapa Bayar Zakat Secara Online Lebih Mudah

Dengan teknologi internet yang ada pada masa kini, hampir semua transaksi boleh dilakukan hanya di hujung jari. Contohnya jual beli barangan, pemindahan wang, pembayaran bil, dan macam-macam lagi.

Kini, nak bayar zakat secara online pun boleh. Jadi dah tak ada alasan lagi untuk tidak membayar zakat bagi yang layak. Antara 7 sebab mengapa bayar zakat secara online lebih mudah adalah:

Sebab #1: Cepat & Pantas

Hanya 2 minit (lebih kurang) diperlukan untuk membuat bayaran zakat menggunakan credit/debit card atau pun online banking. Sangat effisien! Cuba bayangkan berapa minit masa yang saudara dapat jimatkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lain berbanding sekiranya saudara ke pejabat zakat? Pastinya lebih dari dua minit bukan?

Sebab #2: Bayaran Di Hujung Jari

Saudara dah tak perlu susah-susah ambil cuti nak drive ke pejabat zakat dan beratur di kaunter. Cukup ada computer, laptop atau pun smartphone beserta sambungan  internet, dah boleh buat pembayaran zakat. SUPER DUPER EASY!

Sebab #3: 24 Jam Sehari, 7 Hari Seminggu

Saudara juga boleh buat bayaran semua jenis zakat (Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan, Zakat Emas/Perak, Zakat Perniagaan, dan lain-lain jenis zakat), pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja. Asalkan ada internet, pasti boleh. InsyaAllah! Berbanding pejabat zakat yang kebanyakannya hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja.

Sebab #4: Kira Zakat Dengan Mudah

Saya pernah berbual dengan rakan sekerja yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan mengenai zakat dan surprisingly, katanya dia tidak mampu berzakat disebabkan jumlah bayaran yang perlu dikeluarkan untuk zakat amat tinggi, sekitar 22% daripada gaji atau pun bersamaan RM2,200! Amat pelik sebabnya setahu saya zakat yang dikenakan bagi pendapatan hanyalah 2.5% sahaja! Entah dari mana agaknya dia dengar mitos ni. Terkejut beruk saya dibuatnya! Nasib baik tak pengsan! Hehe

Antara sebab bayar zakat secara online adalah lebih mudah kerana saudara dah tak perlu pening kepala untuk kira berapa yang saudara perlu bayar. Dengan hanya mengisi maklumat lengkap pada borang online yang disediakan, secara automatik bayaran zakat saudara akan dikira! Saudara pasti akan terkejut dengan jumlah bayaran zakat yang perlu dibayar. Ianya mungkin jauh lebih rendah dari sangkaan saudara!

Sebab #5: Mengetahui Kelayakan Berzakat

Bukan semua orang layak membayar zakat. Dengan mengisi borang online yang disediakan, kalkulator zakat akan mengira bagi pihak saudara berapa jumlah zakat yang perlu dibayar. Dan dari situ juga saudara boleh mengetahui sama ada layak atau tidak untuk berzakat, tertakluk pada jumlah haul yang ditetapkan.

Sebab #6: Buat Semakan Zakat

Salah satu feature menarik yang disediakan adalah kita boleh buat semakan untuk sejarah pembayaran zakat terdahulu. Ini penting bagi membolehkan kita menyemak sama ada pada bulan tersebut kita sudah membayar zakat atau pun belum. Boleh juga untuk menyemak kot-kot ada bulan yang kita terlupa untuk membayar zakat. Untuk pengetahuan saudara, jika ter”miss” membayar zakat, hukumnya adalah WAJIB qada’ seperti mana jika meninggalkan solat sama ada secara tidak sengaja apatah lagi dengan sengaja.

Sebab #7: Kemaskini Maklumat

Saudara boleh mengemas kini maklumat peribadi dan alamat surat menyurat. Resit bayaran zakat akan dihantar ke alamat saudara bagi tujuan rekod (bergantung pada PPZ Online yang saudara gunakan sekiranya ada menawarkan perkhidmatan ini atau sebaliknya). Untuk pengetahuan saudara, amaun yang dikeluarkan bagi tujuan zakat boleh mendapat pelepasan dari dikenakan cukai pendapatan. Jadi, pastikan saudara declare betul-betul semasa mengisi borang cukai pendapatan nanti! Untung-untung, dapat kurangkan cukai yang dikenakan.

[Saudara boleh tonton video asal “7 Sebab Kenapa Bayar Zakat Online Itu MudahDI SINI]

Dengan kemudahan pembayaran zakat yang disediakan kini, sepatutnya membuatkan kita lebih CAKNA dan BERTANGGUNGJAWAB mengenai kewajipan berzakat. Sudah tidak ada alasan lagi tidak tahu dan sebagainya kerana semua persoalan ada jawapannya yang boleh didapati di hujung jari. Sebenarnya ianya bukanlah alasan tidak tahu, tapi sebenarnya TIDAK MAHU! Semoga kita dijauhkan dari golongan seperti ini dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman yang membayar zakat sesuai dengan Rukun Islam yang menjadi teras pegangan kita sebagai umat Islam. Ameen…

Wallahualam…

Faridzuan
12 Mei 2017
16 Syaaban 1438H

[Kredit foto: tv14]