Cara Paling Senang Bayar Zakat Tanpa Perlu Ke Pejabat Zakat

zakat0

Mengeluarkan zakat adalah WAJIB bagi setiap orang Islam yang berkemampuan. Zakat sangat dituntut oleh Islam dan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dipenuhi oleh kita yang beragama Islam. Boleh juga dikatakan jika tidak membayar zakat, maka TIDAK SEMPURNA lah Islam seseorang itu.

Artikel kali ini bukanlah nak mengupas bukti-bukti seperti dalil-dalil dari Al-Quran mahupun hadis-hadis berkenaan wajibnya mengeluarkan zakat bagi golongan yang berkemampuan. Saya percaya sahabat semua boleh “Google” sendiri tentang kewajipan menunaikan zakat, jenis-jenis zakat, cara kiraan dan sebagainya.

Fokus saya di sini hanyalah mahu berkongsi cara yang PALING SENANG untuk membayar zakat TANPA PERLU ke kaunter zakat. Lebih menarik, TAK PERLU keluar rumah pun! Cukup ada "smartphone" dan capaian internet. Mungkin ada yang dah tahu, tapi yang masih belum tahu, semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat. InsyaAllah.

**Peringatan: Cara ini mungkin tidak sesuai untuk pembayaran zakat fitrah dan tertakluk pada Pusat Pungutan Zakat negeri masing-masing.

Ini cara-caranya:

1. Search pusat pungutan zakat negeri yang berkenaan

Buka laman web pusat pungutan zakat negeri. Kalau anda bekerja dan tinggal di Pulau Pinang seperti saya, anda boleh KLIK DI SINI.

2. Baca dan fahamkan. Kalau tak faham, tanya

Saya percaya di setiap laman web pusat pungutan zakat setiap negeri ada disediakan maklumat yang sahabat semua boleh baca dan fahamkan mengenai zakat. Sila ambil perhatian pada jenis-jenis zakat yang WAJIB dibayar seperti Zakat Pendapatan, Zakat Simpanan, Zakat Perniagaan, Zakat Emas/Perak, Zakat KWSP dan lain-lain lagi. Jika terdapat kemusykilan, bolehlah baca di FAQ yang disediakan atau boleh terus hubungi pegawai yang berkenaan melalui email ataupun panggilan telefon yang tertera dalam laman web berkenaan.

3. Kira zakat yang perlu dibayar

Tak perlu pening-pening macam mana nak kira berapa jumlah zakat yang perlu dibayar. Bagi setiap jenis zakat ada cara pengiraan yang tersendiri. Contohnya, kalau di zakatpenang.com, sahabat boleh terus menggunakan Kalkulator Zakat Pendapatan untuk mengira berapa jumlah zakat pendapatan yang perlu dibayar. Cuma masukkan maklumat yang diminta dan jumlah bayaran zakat akan dikira secara automatik.

4. Buat bayaran menggunakan “Online Banking”

Bayaran zakat perlu dibuat kepada amil-amil yang telah dilantik. Namun begitu, dalam zaman yang serba canggih ni, tidak semestinya bayaran zakat hanya boleh dibuat secara “face-to-face” atau pun bersua muka. Di zaman internet banking yang serba moden, kini pembayaran zakat boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi online banking seperti cimbclicks, maybank2u, dan lain-lain lagi. Bila dah tau berapa jumlah zakat yang perlu dibayar, apa tunggu lagi? Bayar lah sekarang dan jangan berlengah lagi!

5. Simpan Resit/Bukti Pembayaran

Sesetengah pusat pungutan zakat online ini ada menyediakan resit/invoice/bukti pembayaran zakat yang telah dibayar. Jika tiada, resit/bukti pembayaran tersebut boleh didapati dari online banking yang digunakan untuk buat pembayaran. Resit/bukti pembayaran ini boleh membantu untuk mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang dikenakan ke atas kita saban tahun kerana pembayaran zakat mendapat pelepasan dari dikenakan cukai!

Membayar zakat adalah WAJIB. Jadi janganlah lupa atau buat-buat lupa untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai orang Islam yang beriman! Apabila terima gaji bulanan, eloklah tolak siap-siap untuk zakat. Kemudian simpan sebahagian untuk kecemasan dan masa depan, dan bakinya barulah dibelanjakan. Bukan sebaliknya. Lebih elok lagi, buatlah skim potongan gaji bagi pembayaran zakat untuk mengelakkan dari terlupa.

Wallahualam…

Faridzuan
9 Mei 2017
13 Syaaban 1438H

[Kredit foto: brecorder]

One Reply to “Cara Paling Senang Bayar Zakat Tanpa Perlu Ke Pejabat Zakat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *